BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 5 October 2011

Contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 1





Nama : Hasniza binti Mohamed Amin ( D20102045163 )
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 1 (20 murid)
Masa: 7.30-8.30
Tema: Mari Bertani
Tajuk: Ternakan Ayam
Fokus Utama: SK : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. SP:1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.
Fokus Sampingan: SK: 3.3 Membina dan menulis perkataan,frasa, dan ayat dengan betul. SP: 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
EMK : Keusahawanan
Objektif: Pada akhir P&P, murid dapat : 1.Murid dapat menceritakan kitaran hidup ayam.
2. Membina ayat tunggal atau ayat majmuk menggunakan kata kerja yang diberi.
Pengisian Kurikulum : Nilai : Berdikari,rajin,Bekerjasama Ilmu: Sains,Pendidikan moral
KBT: Menghubungkait, Membuat urutan Sistem Bahasa: Tatabahasa,Kata Kerja
Media : Gambar,Kad Perkataan,buku teks, lembaran kerja.
Aktiviti: 1.Set Induksi: Melihat gambar 2.
Langkah 1: Menyebut kad Perkataan yang dilihat 3.
Langkah 2: Melihat buku teks muka surat 106 4.
Langkah 3: Membuat latihan 5.Pentaksiran : 1.Murid Mengulangi bacaan yang mengandungi kata kerja Pemulihan:1. Murid memadankan gambar dengan perkataan dalam lembaran yang diberi.
Pengayaan: 1. Murid membina ayat mudah menggunakan kata kerja yang diberi.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan / Nota Aktiviti Guru Aktiviti Murid Permulaan / Mencungkil Idea ( 5 minit ) Guru menunjukkan carta kitaran ayam. (Mengaitkan dengan sains) 1.Guru menunjukkan carta kitaran ayam.
2.Guru bertanya mengenai “Ayam” a.Siapa ada bela ayam dirumah? b.Bagaimana bentuk telur ayam? c.Bagaimana anak ayam berbunyi?
3.Guru mengaitkannya dengan isi pelajaran 1.Murid melihat carta kitaran ayam. 2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru
EMK : Keusahawanan MEDIA : LAMPIRAN 1 CARTA ILMU: Sains Strategik/teknik: Teknik Soal Jawab KBT: Membuat urutan Membaca petikan teks dan menerangkan (15 minit) Membaca teks petikan yang bertajuk “Ternakan Ayam Kampung” Halaman 106 1.Guru membaca teks dialam buku teks dan murid mengikut bacaan guru 2.Secara berkumpulan, murid dikehendaki membaca petikan secara mekanis dengan sebutan yang betul 3.Meminta murid membaca kata kerja yang dicetak dengan warna biru. 4. Guru memberi penerangan tentang apa yang terkandung di dalam teks dan bersoal jawab 1. Murid membaca petikan teks mengikut bacaan guru 2. Beberapa orang murid mengetuai bacaan dan diikuti oleh rakan-rakan sekelas 3.Murid membaca kata kerja tersebut. 4.Murid-murid memahami teks petikan yang dibaca dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan Media: Buku Teks m/s 106 ILMU: Pendidikan moral NILAI : Berdikari Bekerjasama Strategik/teknik: Teknik Soal Jawab BCB: Bacaan Mekanis Menjana idea. Aktiviti Kumpulan ( 10minit ) Menunjukkan kad bergambar 1.Guru menunjukkan kad bergambar kepada murid. 2.Guru meminta murid mengeja gambar yang ditunjukkan kepada mereka. 3.Guru mengaitkan gambar dengan isi pelajaran. 1.Murid melihat kad gambar yang ditujukan oleh guru 2. Murid mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru secara beramai-ramai Media: LAMPIRAN 2 KAD GAMBAR KBT : Menghubungkait Menjana Idea (10minit) Memadankan gambar dan membuat latihan kata kerja. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1.Murid membuat latihan memadan gambar dengan perkataan dalam lembaran yang diberi. 2.Membina ayat mudah menggunakan kata kerja yang diberi Media : LAMPIRAN 3 Lembaran kerja Mengaplikasi Idea (20 minit) Aktiviti pentaksiran, pemulihan dan pengayaan Pentaksiran: Guru meminta murid mengulangi bacaan yang mengandungi kata kerja Pemulihan: Guru meminta Murid memadankan gambar dengan perkataan dalam lembaran yang diberi Pengayaan: Guru meminta murid membina ayat mudah menggunakan kata kerja yang diberi Murid membaca Buku teks secara berkumpulan Murid memadankan gambar dengan perkataan Membina ayat daripada kata kerja yang diberi NILAI : Bekerjasama Media: Buku Teks NILAI : Berdikari LAMPIRAN 3 Lembaran Kerja 1 NILAI : Berdikari LAMPIRAN 3 Lembaran Kerja 2


REFLEKSI

                            Tema yang diajar pada minggu ini adalah tema  Mari Bertani. Saya telah memilih
tajuk ternakan ayam untuk diajar pada hari ini. Tema ini nampak mudah tetapi perlu ilmu yang lebih
 untuk menerangkan kepada murid tahun 1 . Ini kerana mereka suka bertanya dan sentiasa berfikir
mengenai sesuatu perkara yang baru mereka ketahui.

                           Tajuk yang telah saya ajar merupakan tajuk ternakan ayam. Murid disekolah saya
 merupakan murid yang duduk dikawasan kampung. Ini memudahkan saya untuk menerangkan
mengenai tajuk ini ,kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ayam.
Apabila saya bertanya keseluruhan murid dapat menjawab dengan betul. Ayam merupakan  haiwan
 ternakan penduduk kampung.Oleh itu, ayam sangat mudah untuk diterangkan kepada mereka.
 Murid yang saya ajar mudah memberi respon bagi setiap soalan yang dikemukakan.  Mereka juga
 menunjukkan minat untuk mengetahui kitaran hidup ayam. Saya menggunakan carta sains untuk
 menerangkan kitaran hidup ayam kepada murid-murid saya.  Selain itu, kad bergambar juga saya
 gunakan untuk menyoal murid. Murid-murid sangat tertarik dengan kad gambar yang berwarna-
warni. Bagi setiap soalan yang disoal saya akan sentiasa mengaitkan perkara tersebut P&P yang saya
 jalankan. Soalan berbentuk pemulihan iaitu memadankan gambar dengan perkataan merupakan
 soalan yang mudah menarik minat murid untuk menjawab.

                            Walaubagaimana pun ada seorang murid kurang memberi tumpuan kerana murid ini
tidak fokus semasa sesi P&P dijalankan didalam kelas. Semasa menyoal secara rawak, saya dapati
 murid ini tidak dapat memahami soalan yang diberi walhal soalan tersebut adalah soalan mudah
iaitu seperti telur ayam berbentuk apa?  Selain itu, saya juga dapati penggunaan kad bergambar
 yang kecil menyukarkan murid-murid untuk memberi fokus terhadap apa yang diajar.

                            Secara keseluruhannya pengajaran saya pada kali ini berjaya memberi pengetahui
secara terperinci kepada murid. Murid juga memberi respon yang baik semasa P&P berjalan.
Walaubagaimana pun, terdapat perkara yang perlu saya perbaiki iaitu saya harus menukarkan kad
bergambar kepada penggunaan LCD yang lebih besar dan jelas serta penggunaan bunyi-bunyi  yang
menarik semasa LCD ditayangkan.

7 comments:

  1. wahhh cantik dh blog ko....hhuuuhuu ade peningkatan...saper tuitor nye??

    ReplyDelete
  2. hahahaha ko la tutor aku... belajar ckit2..

    ReplyDelete
  3. nk mskkn rph yg kt words xpandai la

    ReplyDelete
  4. kalo nk masukn yg word ko copy dr word....paste dlm new post....ko bkk la blog aku...ade lagu sayy...hihihii

    ReplyDelete
  5. wei long dh cantik dh nie blog ko ni...ceria....kalah dh blog aku...

    ReplyDelete
  6. hihihi nk cr input ni... pening.. idea jap ada jap ilang

    ReplyDelete
  7. dah try nk msk kn youtube makro teaching tp xkuar huhuhu

    ReplyDelete